Saturday, December 26, 2009

Ilham Ilahi

Mungkin ini hidayah..

Mungkin juga hadiah dari Allah..

Apapun aku sendiri kurang pasti kenapa tiba-tiba aku buat blog sendiri.
Suatu kesedaran mungkin bahawa blogging bukan aktiviti mereka yang punya banyak masa terluang. Blogging juga bukan seperti diari walaupun aku dapati itulah yang ramai orang lakukan. Sejujurnya selama ini itulah tanggapan aku tentang blogging.

But then isn't it nice if I can use this blog to reflect on what I have learned in life and gain insights from others?

Bagus juga kalau dapat dengar pendapat orang lain tentang pandangan aku terhadap hidup ini.

Sejak dulu aku memang sedar Allah sentiasa uji aku dengan apa yang aku sendiri cakap or sampaikan pada orang lain. And trust me, it hurts the most bila terkena batang hidung sendiri. Aku pernah takut untuk sampaikan pesan pada teman kerana dah tahu Tuhan akan beri ujian.

Tapi bagaimana hendak tahu iman sendiri kalau tak pernah dan tak mahu diuji?
Bagaimana nak menjadi lebih baik kalau tak pernah mahu berubah?
Bagaimana nak belajar kalau tak pernah buat silap?

Jadi aku rasa tak ada salahnya blog ni gunanya untuk muhasabah diri aku sendiri dan kalau Allah izinkan boleh muhasabah orang lain juga. Cuma harapan aku blog ni akan sentiasa update walau sesibuk manapun aku nanti. Tak kira la dah habis master nanti ke, dah keje nanti ke, dah kahwin nanti ke...

Semoga Allah restui niat baik aku menjelang tahun baru ni..Amiinn..


**Cuti semester tinggal lagi sehari baru sekarang aku terfikir benda-benda macam nih..huh!

2 comments:

'Aini said...

Assalamualaikum.. welcome to blogging, ja :D

Fariza said...

Wa alaikumsalam..thanx dear..konon2 nya hobi baru la nih..hehe!

Post a Comment